PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA KARGOMIND EXPRESS DALAM SEKTOR LOGISTIK DI WAKTU PANDEMIK

Thursday, 15 July 2021

pic


Mensasarkan lebih 300 pusat perkhidmatan kurier menjelang 2022



SETIA ALAM, 15/7/2021 – KARGOMIND EXPRESS merupakan satu jenama baharu syarikat penghantaran ekspres (kurier) telah melancarkan satu lagi cawangannya di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan bakal diikuti dengan beberapa cawangan lagi di seluruh negara yang bakal beroperasi dalam masa terdekat.

Kargomind Express adalah salah satu inovasi terbaharu syarikat Cargomind Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Sebagai sebuah syarikat logistik bertaraf Multimodal Transport Operator (MTO) yang sudah berpengalaman luas di dalam bidang penghantaran domestik dan antarabangsa, kini bersedia untuk menawarkan beberapa perkhidmatan melibatkan penghantaran iaitu perkhidmatan simpan untuk jual “store2sell” (fulfilment), perkhidmatan “PicknPack” dan juga portal eDagang (eCommerce Platform) bagi membantu pengusaha / usahawan di Malaysia untuk pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Dengan rangkaian perhubungannya di peringkat antarabangsa, Cargomind sedia menjadi perunding tentang syarat-syarat dan juga prosedur untuk penghantaran barangan ke luar negara.

Dalam sektor penghantaran ekspres (Kurier), Kargomind Express mensasarkan lebih 300 pusat kurier yang akan beroperasi di seluruh Malaysia menjelang 2022. Oleh yang demikian, dengan berbekalkan pengalaman di dalam sektor penghantaran, perkhidmatan kurier ini dapat mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan kepada orang ramai dalam keadaan kelembapan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19. Antaranya adalah menjadi rakan kongsi pemilikan Pusat Kurier, sub-ejen kepada Pusat Kurier, pemilikan perkhidmatan “Line Haul” dan sebagainya dengan modal yang minima.

“Seperti sedia maklum, industri logistik adalah tunjang utama aktiviti perniagaan di seluruh dunia. Oleh yang demikian, Cargomind bersedia membuka ruang perniagaan dan pekerjaan untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia amnya dan kaum Bumiputera khasnya untuk menceburi bidang penghantaran ekspres (Kurier) yang mampu untuk bersaing di pentas komersial yang kompetitif dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya,” kata Pengarah Urusan Cargomind Sdn Bhd, En. Zahrol Ahmad.

Operasi perkhidmatan kurier Kargomind Express telah memulakan operasinya dalam penghantaran barang, kepada pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan kurier Kargomind Express boleh kunjungi cawangan Kargomind Express yang berdekatan atau boleh layari www.kargomind.com.